Social
194
0

Menari selepas bunuh ibu

Utah – Pemuda Amerika Syarikat ini menembak ibunya di kepala ketika makan malam sebelum Krismas dan kemudian menari di sisi jasad wanita itu bersama adik perempuan bongsunya.

Mike Lopez, 23, didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Springville, menyebabkan ibunya Victoria Ramirez meninggal dunia serta-merta.

Sebelum kejadian pada 23 Disember 2020 itu, Lopez, ibunya dan dua adik perempuan yang masih remaja sedang makan malam, apabila Lopez tiba-tiba mengacukan senapang ke arah mangsa.

Lebih sadis, Ramizer dikatakan sempat berkata, “saya tahu awak mahu membunuh saya dan saya sayangkan awak.”

Menurut laporan polis, usai menembak, Lopez kemudiannya berpaling ke arah adik bongsu berusia 14 tahun dan mereka didakwa saling menganggukkan kepala.

“Remaja itu masuk ke dalam bilik air, sementara seorang lagi adiknya yang berusia 17 tahun berdiri di luar pintu,” menurut polis seperti dilapor Daily Star.

Selepas remaja itu keluar bilik air, dia kemudian menghampiri mayat ibunya dan mengusap rambut orang tua itu, sebelum menari dengan Lopez di sebelah mayat.

Sementara itu, kakak remaja berkenaan mengunci dirinya di dalam bilik air dan berusaha melarikan diri menerusi tingkap untuk menghubungi polis, lapor KUTV.

Ketika polis menemui Lopez, lelaki itu tidak mengalami kecederaan dan berada dalam tab mandi di ruang bawah tanah rumah.

Remaja 17 tahun itu memberitahu rancangan abangnya membunuh ibu mereka di meja makan dan mendakwa abangnya turut memberi adik bongsu mereka ganja.

Polis memaklumkan adik suspek yang bersubahat dengan suspek enggan bekerjasama ketika disoal siasat tetapi, dia mungkin tidak berdepan pertuduhan.

Lopez pula berdepan tiga pertuduhan dan ditahan di penjara kerana dianggap berisiko untuk melarikan diri. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu