Politics
316
0

Menjawab Pembohongan DAP

Semalam DAP menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya telah menuduh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak pernah langsung meluangkan masa untuk bertemu dengan anggota-anggota Parlimen dari Wilayah Persekutuan sejak dilantik ke jawatannya.

Kesal dengan kenyataan tersebut, ingin ditegaskan bahawa dakwaan yang dibuat parti itu sama sekali tidak tepat, bohong dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik Tan Sri Annuar. Untuk rekod, dalam masa yang singkat sejak menjadi Menteri, Tan Sri Annuar telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dan ‘engagement’ dengan beberapa anggota Parlimen dari Wilayah Persekutuan. Antaranya adalah anggota Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew; anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; anggota Parlimen Batu, P Prabakaran dan anggota Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Malah, seperti yang dinyatakan sendiri beberapa kali oleh Tan Sri Annuar, beliau sentiasa mengalu-alukan mana-mana wakil rakyat termasuk dari parti DAP untuk bertemu dengannya pada bila-bila masa tanpa perlu ada banyak birokrasi, untuk kepentingan rakyat. Apatah lagi tatkala negara ketika ini sedang bergelut memerangi pandemik COVID-19.

Ini terbukti ketika majlis pelancaran perkhidmatan bas GoKL percuma di PPR Kg Batu Muda, Ogos lalu, Tan Sri Annuar telah memberikan layanan yang baik kepada anggota Parlimen Batu, P Prabakaran. Bahkan beliau turut diberikan tempat duduk sebaris dengan Tan Sri Annuar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

Sebelum itu pada bulan Julai, Tan Sri Annuar juga telah melakukan engagement dengan anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh bagi membincangkan isu-isu berbangkit mengenai Taman Awam Bukit Kiara. Dalam bulan yang sama juga ketika turun padang memantau operasi sanitasi nyahkuman di Jalan Alor, Bukit Bintang, beliau juga telah sempat bertemu dengan anggota Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Terbaru, awal bulan ini, lebih tepat lagi pada 6 Oktober yang lalu, Tan Sri Annuar telah menerima kunjungan daripada anggota Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew di pejabatnya.

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini, Tan Sri Annuar telah melaksanakan pelbagai inisiatif cakna rakyat menerusi program Wilayah Prihatin untuk warga Wilayah Persekutuan. Malah, banyak program yang dijayakan mendapat kerjasama penuh anggota-anggota Parlimen di Wilayah Persekutuan. Telah banyak pertemuan formal atau tidak formal berlaku di antara Tan Sri Annuar dengan anggota-anggota Parlimen Wilayah Persekutuan. Justeru, DAP hentikanlah berbohong kepada rakyat.
-Dipetik dari halaman FB Aidil Syukri Ketam

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu