Nation
176
0

MENTERI SUMBER MANUSIA: UJIAN SARINGAN COVID-19 PEKERJA ASING, WAJIB

Kuala Lumpur- Majikan adalah diingatkan sekali lagi untuk wajib memastikan pekerja asing yang digajikan mereka melakukan ujian saringan COVID-19 bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

“Justeru, mana-mana majikan yang gagal membuat ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja asing mereka sehingga 28 Februari 2021 ini boleh menyebabkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing mereka tidak akan diperbaharui,” menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau juga berkata, majikan yang masih belum melakukan ujian saringan terhadap pekerja asing mereka digesa untuk segera berbuat demikian. Ini memandangkan berlakunya peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini termasuk kluster berkaitan tempat kerja yang membimbangkan.

“Arahan ini adalah selaras dengan Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).”

“Malah, melalui operasi dan pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) turut mendapati masih banyak majikan yang gagal memastikan pekerja asing yang digajikan mereka membuat ujian saringan COVID-19 meskipun arahan telah dikeluarkan untuk berbuat demikian.”

“Selain itu, para majikan yang menanggung kos saringan COVID-19 akan mendapat potongan cukai berganda bagi bayaran kos saringan pekerja yang dibuat sepanjang tahun 2021,” ujar beliau lagi.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu