Politics
363
0

Mesyuarat khas Kabinet berakhir, Menteri ‘kunci mulut’

Putrajaya – Mesyuarat khas Kabinet yang diadakan di Bangunan Perdana Putra di sini berakhir selepas ia berlangsung hampir empat jam.

‘Dikepung’ media di laluan keluar, kenderaan membawa beberapa menteri mula beredar daripada mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tepat 2 petang, kenderaan Proton Perdana hitam, membawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Ahmad Adham Baba adalah yang pertama keluar dari Bangunan Perdana Putra.

Ia disusuli kenderaan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Usaha media bagi mendapatkan perincian berhubung mesyuarat khas itu bagaimanapun gagal, selepas masing-masing mengambil keputusan untuk ‘mengunci mulut’. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu