Social
118
0

Misteri ular berkepala 2

Florida – Sekeluarga di Palm Harbor, di sini terkejut apabila melihat ular berkepala dua yang ditemui kucing peliharaan mereka.

Kay Rogers berkata, kucing milik anak perempuannya yang dinamakan Olive menggonggong ular bersaiz kecil itu ke ruang tamu rumah sebelum, mereka menyedari sesuatu yang pelik.

“Pada mulanya saya ingatkan anak saya bergurau apabila mengatakan Olive menggonggong ular berkepala dua, tetapi apabila melihatnya sendiri, saya jadi kagum.

“Saya tidak pernah melihat reptilia begitu sebelum ini,” kata Rogers kepada WKMG-TV seperti dilapor portal berita UPI.

Berikutan itu, anak Roger menamakan ular berkenaan Dos dan mereka menyerahkan ia untuk jagaan

Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar, Institut Penyelidikan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC).

FWC menjelaskan ular hitam berkepala dua adalah penemuan ganjil dan jarang berlaku.

“Fenomena ini disebut bicephaly, yang bukan kebiasaan tetapi boleh terjadi ketika perkembangan embrio apabila dua monozigot kembar gagal berpisah, akhirnya meninggalkan dua kepala pada satu badan,” kata FWC dalam hantaran di Facebook.

Menurut institut itu lagi, Dos sukar bertahan di luar berikutan bergantung kepada sepasang otak yang menyulitkan ia untuk makan dan melepaskan diri daripada pemangsa.

Dalam pada itu, Live Science yang dipetik Fox News melaporkan keluarga Roger menemui ular itu pada September lalu. – Hmetro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu