Nation
154
0

MSN sahkan 5 pegawai positif Covid-19

Kuala Lumpur – Lima pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) disahkan positif Covid-19, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Beliau berkata mereka antara 75 pegawai dan ahli MSN yang menjalani ujian saringan pada Selasa setelah tujuh atlet dan seorang pegawai sukan dikesan positif semasa proses pendaftaran semula atlet baru-baru ini.

“Tiga daripada mereka terlibat semasa proses pengendalian pendaftaran atlet berkenaan dan dua lagi berkemungkinan mendapat jangkitan dari luar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Shapawi berkata kesemua yang disahkan positif tersebut sedang menjalani kuarantin diri di rumah masing-masing dan menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Kementerian Kesihatan.

“Pihak MSN juga telah mengarahkan pegawai (PUS) yang berkemungkinan mempunyai kontak rapat dengan pegawai yang telah disahkan positif agar menjalani kuarantin di rumah masing-masing selama 10 hari dan akan menjalani ujian saringan pada hari kesembilan untuk pengesahan bebas dari jangkitan,” katanya. ― Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu