Social
114
0

Nahas helikopter: Latihan penerbangan tidak termasuk dalam senarai aktiviti larangan PKPB

Kuala Lumpur – Aktiviti latihan penerbangan termasuk di bawah kendalian syarikat swasta, tidak tersenarai dalam aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut sumber Kementerian Pengangkutan, aktiviti latihan penerbangan adalah dibenarkan sama seperti aktiviti latihan memandu bagi institut memandu.

“Ya. Sebab ia (latihan penerbangan) tidak termasuk dalam senarai yang tidak dibenarkan… akademi penerbangan boleh beroperasi mengikut SOP (prosedur operasi standard),” katanya ringkas kepada Bernama ketika ditanya sama ada latihan penerbangan boleh dijalankan semasa PKPB.

 

Semakan Bernama mendapati SOP bidang pengangkutan menyatakan perkhidmatan am penerbangan termasuk perniagaan dan operasi pesawat peribadi adalah dibenarkan, hanya aktiviti melibatkan kapal persiaran sahaja yang tidak dibenarkan ketika PKPB.

Hari ini, negara dikejutkan dengan nahas dua helikopter bertembung di udara di Taman Melawati dekat Ampang yang menyebabkan satu daripadanya terhempas dan meragut dua nyawa kru pesawat manakala sebuah lagi sempat melakukan pendaratan cemas.

Nahas helikopter jenis G2CA (9M-HCA & 9MHCB) itu berlaku ketika kedua-duanya sedang melakukan latihan penerbangan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dengan setiap pesawat membawa dua kru. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu