Nation
97
0

Najib rayu ketatkan PKP 2.0

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak merayu dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan lebih serius.

Bekas perdana menteri berkata tempoh dua minggu ini penting dalam memulihkan sistem penyampaian kesihatan yang sedang tertekan.

“Jika hendak PKP 14 hari maka buatlah betul-betul seperti PKP pertama Mac tahun lepas. Seketat-ketatnya yang mampu untuk 14 hari sahaja.

“Jangan PKP 2.0 ini tidak rasa macam PKP pula. Seolah-olah kerajaan tidak serius.

“Dengan bantuan kerajaan kepada rakyat yang memadai, biarlah kita perit seketika untuk dua minggu pertama agar sistem kesihatan dan barisan hadapan kita terpelihara dan PKP tidak perlu dilanjut berulang kali.

“Pengorbanan seketika adalah jauh lebih baik berbanding mudarat berpanjangan bagi kesejahteraan rakyat dan ekonomi,” katanya.

Covid-19 mencatatkan jangkitan baharu paling tinggi semalam apabila 4,029 kes dilaporkan semalam.

PKP 2.0 berkuatkuasa dua minggu bermula Rabu sehingga 26 Januari ini.

Namun apa yang menghairankan kebanyakan industri dibenar beroperasi menyebabkan ramai yang terpaksa keluar bekerja. – Malay Mail

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu