Social
186
0

Padah langgar PKPB

Kuala Lumpur – Akibat menaiki kenderaan persendirian melebihi dua individu ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiga lelaki warga asing masing-masing didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap dua warga Myanmar, Thaung Myint, Md Nay Lin dan warga Bangladesh Sabbir Bhuiyan masing-masing berumur antara 39 dan 35 tahun, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga Orang Kena Saman (OKS) itu menjalani hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada dalam kenderaan persendirian melebihi dua orang dalam kawasan tempatan jangkitan yang bukan bertujuan untuk melakukan mana-mana perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan No 8) 2020 di sekatan jalan raya di hadapan Bangunan One Maxim, Jalan Sentul di sini, pada 9.30 pagi, 20 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 11(1) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Bagaimanapun, peguam P.Suthes yang mewakili semua OKS memohon hukuman denda minimum atas alasan ketiga-tiga anak guamnya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu