Social
336
0

Padah serang pemandu wanita

Petaling Jaya – Seorang lelaki ditahan, semalam, selepas bertindak menyerang pemandu wanita yang membunyikan hon ketika kenderaannya keluar secara mengejut berhampiran perhentian bas Mutiara Damansara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi berusia 18 tahun berhubung kejadian itu pada 7 petang, kelmarin.

“Dalam kejadian itu, mangsa sedang memandu di laluan kiri di lokasi berkenaan sebelum sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki seorang lelaki yang keluar secara mengejut menyebabkan wanita berkenaan membunyikan hon.

“Suspek kemudian mengekori mangsa sehingga di Jalan Persiaran Utama lalu bertindak menendang bumper dan menumbuk cermin bahagian pemandu kenderaan wanita itu selain cuba membuka pintu kereta kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membunyikan hon.

“Malah, suspek turut menendang sekali lagi bahagian belakang kenderaan mangsa semasa mahu beredar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di tepi Jalan Penchala, di sini, yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan,” katanya. – Hmetro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu