Social
245
0

Paderi didakwa cabul 2 lelaki OKU

Butterworth Р Seorang paderi warga Korea dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki orang kurang upaya (OKU) pada 2013 dan 2017.

Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan juru bahasa Korea dan juru bahasa isyarat antarabangsa bagi membacakan pertuduhan di hadapan Majistret M Kalaiarasi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Jee Jong Hoon, 54, yang juga seorang OKU berikutan mengalami masalah pertuturan dan pendengaran didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada dua lelaki dengan niat mencabul kehormatan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas mangsa yang kini berusia 28 dan 27 tahun, kira-kira jam 12.20 tengah malam pada Oktober 2013 dan 11 malam hingga 1 pagi pada Julai 2017 di dalam bilik di tingkat 11, Apartmen Seri Cemerlang, Kampung Paya, Butterworth, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam G Shanmugam dan Adlin Farhana.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta dua orang penjamin.

Mahkamah menetapkan 18 Januari hadapan bagi tarikh sebutan semula kes untuk membolehkan jurubahasa isyarat antarabangsa dari Istana Kehakiman, Putrajaya dipanggil.

Terdahulu, Jee ditahan polis pada 23 November lalu bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan beberapa mangsa yang kesemuanya lelaki OKU di Pulau Pinang

Penahanan dibuat di sebuah gereja di Pulau Pinang susulan polis menerima laporan daripada beberapa mangsa termasuk dua di daerah Seberang Perai Utara. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu