Social
222
0

Pakai pelindung muka tanpa pelitup muka, boleh dikenakan tindakan

Kuala Lumpur – Pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan ke atas mana-mana individu yang memakai pelindung muka sahaja tanpa pelitup muka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengambil maklum tentang perkara itu, Ismail Sabri berkata sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pemakaian pelindung muka menggantikan pelitup muka.

“Kalau diwartakan wajib memakai pelitup muka di tempat awam terutama di kawasan sesak, maka arahan ini mesti dipatuhi kerana pemakaian pelitup muka adalah wajib.

Hanya kanak-kanak sekolah sahaja dibenarkan memakai pelindung muka,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini semalam.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan hanya pelitup muka terbukti mampu memutuskan penularan pandemik COVID-19 dengan pengamalan penjarakan fizikal.

Mengenai isu penangguhan tarikh penerbangan tanpa notis awal bagi mereka yang merancang untuk pulang ke Sabah dan Sarawak, beliau memberi jaminan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan.

“Tidak wajar sekiranya perkara ini berlaku. Berlaku peningkatan kos bagi mereka yang mahu pulang ke negeri-negeri tersebut kerana perlu melakukan semula ujian calitan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hantaran netizen di media sosial menyuarakan keluhan mereka yang berhadapan dengan situasi sedemikian.

Mengulas tentang program hiburan di televisyen, beliau berkata tiada yang terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh ambil tindakan kerana saya percaya mereka sentiasa memantau setiap program bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” kata Ismail Sabri. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu