Social
266
0

Pasangan selebriti terkenal dikompaun

Lipis – Pasangan selebriti terkenal bersama dua lagi individu dikompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran di sini semalam.

Difahamkan pasangan artis berkenaan yang dalam perjalanan ke Kelantan makan di sebuah restoran di bandar ini kira-kira pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pasangan artis berkenaan dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan dan duduk di meja makan melebihi dua orang.

“Pemilik turut dikompaun kerana membenarkan lebih dua orang pelanggan duduk di satu meja.

“Kompaun dikenakan itu adalah atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, pihak polis akan melakukan pemantauan berterusan dan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang masih berdegil melanggar SOP ditetapkan. – Utusan Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu