Nation
53
0

Pasca-COVID-19: Tumpu penguatkuasaan, pencegahan efektif tangani rasuah – SPRM

Kuala Lumpur – Mesyuarat Anti-Corruption and Transparency Experts Working Group (ACTWG) Friends of The Chair (FoTC) mencadangkan agar penguatkuasaan serta aspek pencegahan efektif perlu dilaksana bagi menangani trend perlakuan rasuah dalam tempoh peralihan semasa dan pasca pemulihan COVID-19.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataan hari ini, berkata aktiviti seperti penyeludupan, pemerdagangan serta kemasukan secara haram boleh berlaku setelah pembukaan semula pintu sempadan.

Beliau berkata fasa pemulihan krisis COVID-19 akan membolehkan aktiviti perniagaan mula berkembang dan situasi itu bakal membuka ruang untuk berlakunya kegiatan rasuah.

“Sehubungan itu, ACTWG harus memastikan penguatkuasaan dan aspek pencegahan yang efektif dilaksanakan bagi menangani trend perlakuan rasuah sedemikian,” katanya semasa mempengerusikan secara maya mesyuarat ACTWG FoTC bersama wakil daripada sembilan ahli ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Ibu Pejabat SPRM pada Selasa (17 Nov).

Beliau berkata perbincangan kali ini juga merupakan penghargaan kepada Malaysia sebagai tuan rumah APEC pada tahun ini, dengan SPRM sebagai peneraju mesyuarat ACTWG sejak siri pertama diadakan pada Februari lepas. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu