Politics
455
0

PCM MENEMPELAK DAP DALAM ISU BANJIR TELUK INTAN

TELUK INTAN, 24 Oktober: Ahli Majlis Pusat Parti Cinta Malaysia (PCM) Murali Ballah hari ini menggesa Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming untuk mendedahkan apa yang berlaku kepada peruntukkan RM 80 juta yang dipohon daripada Kementerian Kewangan tahun lalu untuk menyelesaikan masalah banjir di Teluk Intan.

Menurut Murali, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming pernah mengemukakan kertas kerja berkaitan projek tebatan banjir bernilai RM80 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran di Putrajaya tahun lalu.

“Pada masa itu, YB Nga berkata jumlah besar itu diperlukan bagi melaksanakan projek tebatan banjir fasa kedua sepanjang 5.5 kilometer (km) di sini bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi sejak sekian lama,”

“Akan tetapi, kawasan Teluk Intan masih dibelenggui masalah banjir sehingga ke hari ini. Apabila banjir berlaku dalam ketika negara kita dilanda pandemik Covid-19 ini hanya menyukarkan hidup rakyat Teluk Intan dan meningkatkan risiko jangkitan menular”

Penyelaras Parlimen Teluk Intan itu turut menegaskan bahawa YB Nga harus memikul tanggungjawab kali ini memandangkan satu projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Perak bernilai RM 30 juta dibatalkan sejurus selepas DAP menang di Teluk Intan pada 2008 hanya kerana ianya diluluskan oleh BN.

“Satu projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Perak telah pun dilaksanakan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong ketika menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan Pada sekitar tahun 1999 hingga 2008. RM30 juta diluluskan oleh Kerajaan BN sebelum ini untuk menyelesaikan masalah banjir tersebut. Projek tersebut dilakanakan berikutan laporan beberapa agensi kerajaan yang mendapati projek ini mampu menyelesaikan 80 hingga 90 peratus masalah banjir kilat di Teluk Intan. “

“Akan tetapi, projek tebatan banjir yang mempunyai lima fasa itu terpaksa dihentikan apabila Mah kalah kepada calon DAP, M Manogaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan Seah Leong Peng dalam PRU 2013. Selepas Pakatan Harapan ambil alih negeri Perak dan kerajaan persekutuan pada 2018 pula, semua projek ini dihentikan atas alasan kerajaan negeri mengalami kekangan kewangan.” jelas Murali lagi.

Murali menempelak YB Nga kerana gagal menegur Pakatan Harapan yang telah memberhentikan pelbagai inisiatif Barisan Nasional (BN) yang terbukti dalam memberi manfaat besar kepada rakyat dan lebih kepada persepsi semata-mata dan tanpa mengambil kira pandangan rakyat marhaen menikmati pembangunan.

“Keazaman Menteri Besar Perak untuk menangani isu ini jelas terpapar apabila beliau bersetuju mengadakan perbincangan bersama dengan pihak saya. Jelas daripada ini tangan beliau terikat dulu di bawah rejim Pakatan sebelum ini. Namun di bawah Perikatan Nasional beliau akhirnya melaksanakan visi beliau untuk memajukan Perak” ujar Murali lagi.

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu