Nation
74
0

PDRM tahan 502 individu atas kesalahan PKPP

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 502 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 204 individu ditahan kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (99), premis beroperasi lebih masa dan tanpa kebenaran (63) serta premis perniagaan yang didapati gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (55).

“Kesalahan rentas daerah dan negeri bagi kawasan PKPB tanpa kebenaran (40) dan lain-lain (41). Secara keseluruhan seramai 470 individu dikompaun manakala 32 individu pula direman.

“Bagi Operasi Benteng pula, seramai 38 pendatang tanpa izin, dua tekong ditahan dan lapan kenderaan darat dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail Sabri berkata bagi kuarantin wajib, seramai 66,823 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 67 hotel dan 21 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta sejak 24 Julai lalu. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu