Social
291
0

Pegawai SPRM didenda RM10,000

Bukit Mertajam – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah memeras ugut seorang pegawai polis di Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Tertuduh, Rommy Ma’i’aruf, 41, yang berpakaian kemeja biru laut kelihatan tenang ketika Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhi hukuman itu.

Sri Pracha Nanthini menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan bapa kepada tiga anak itu dipenjara 24 bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Pada 30 November 2017, Rommy mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memeras ugut seorang pegawai polis yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram di Seberang Perai Tengah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazri Abdul Rahim dan Yusaini Amer Abdul Karim manakala tertuduh diwakili Peguam, Piyara Singh.

Rommy yang juga Penolong Penguasa SPRM yang bertugas di Unit Risikan SPRM Putrajaya (Zon Utara) ditahan polis di sebuah restoran dekat Machang Bubuk di sini, pada 9 Jun 2017.

Dia ditahan selepas didapati melakukan perbuatan memeras ugut ke atas Inspektor Ahmad Hasbi Mohd Fauzi, 35, di perkarangan stesen minyak Petronas Seberang Jaya, jam 9.30 malam, sehari sebelum perbuatannya terbongkar.

Tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong mangsa yang bertugas sebagai Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) menyerahkan wang tunai RM3,000 sebulan bagi menjaga mangsa yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram daripada ditangkap SPRM. – Hmetro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu