Social
498
0

Pegawai syarikat Telco direman 5 hari

Putrajaya – Pegawai sebuah syarikat telekomunikasi ditahan reman selama lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), yang dipercayai beroperasi sejak 2017.

Majistret Nur Aisyah Mohd Yusof mengeluarkan kebenaran perintah reman itu sehingga 15 November di Mahkamah Majistret di sini.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 49 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Katanya, suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM300,000 secara berperingkat melalui akaun peribadinya daripada sebuah syarikat, sebagai balasan bagi mendapatkan senarai nombor telefon pelanggan yang menggunakan pelan prabayar dari 2017 hingga sekarang.

Nombor telefon yang diperoleh itu kemudian dipercayai digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Perintah reman itu juga susulan penahanan tiga pengarah syarikat, semalam kerana disyaki terbabit dalam kes sama.

Terdahulu, suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kir-kira 9 malam tadi selepas hadir memberi keterangan. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu