Nation
168
0

Pejabat MB Johor ditutup sementara

Johor Bahru – Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar akan ditutup buat sementara waktu bermula esok hingga Selasa ini.

Pejabat Menteri Besar Johor dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Semua temu janji sepanjang tempoh itu akan ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Orang ramai yang mempunyai urusan penting boleh menghubungi pegawai-pegawai yang berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi bersama-sama memerangi pandemik Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan tersebut turut mengingatkan agar sentiasa memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman serta kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu yang dihubungi memaklumkan pihaknya masih menyiasat sama ada terdapat kes positif Covid-19 di pejabat berkenaan ekoran penutupan itu. – Utusan

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu