Nation
166
0

Pejuang mahu teliti Belanjawan 2021 sebelum beri sokongan

Kuala Lumpur –  Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu meneliti terlebih dahulu kandungan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov, sebelum membuat keputusan untuk memberi sokongan.

Pendirian itu adalah keputusan sebulat suara empat Ahli Parlimen Bebas parti itu iaitu Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Dalam kenyataan bersama malam ini, ahli Parlimen berkenaan berkata langkah itu bertujuan memastikan belanjawan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan menghidupkan semula ekonomi negara.

“Kami merasakan, memberi persetujuan tanpa terlebih dahulu meneliti isi kandungan belanjawan tersebut adalah tidak bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, empat ahli Parlimen itu juga mempunyai pandangan dan idea tentang cara membantu mengatasi bahagian tertentu masalah ekonomi negara.

Kenyataan itu juga menyebut penelitian terhadap Belanjawan 2021 itu juga bukan bertujuan politik sebaliknya untuk menunaikan janji kepada rakyat. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu