Social
323
0

Pemalsuan cap: 3 termasuk Timbalan Pengarah Imigresen ditahan

Putrajaya – Tiga lagi pegawai Jabatan Imigresen Malaysia termasuk Timbalan Pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemalsuan cap keluar masuk warga asing di pintu masuk utama dan sempadan negara.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek berusia antara 38 hingga 54 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

“Ketiga-tiga pegawai imigresen ini telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

Sumber itu berkata sehingga kini, 53 individu termasuk 33 pegawai imigresen yang bertugas di KLIA, klia2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru, Johor ditahan menerusi Ops Selat yang dilancarkan 16 Nov lepas.

Ops Selat digerakkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen, yang membabitkan serbuan di Putrajaya; Johor Bahru, Johor; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung sindiket ini.

Norazlan berkata siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram 2001. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu