Social
126
0

Pemandu lori ditahan langgar sekatan jalan raya

Alor Gajah – Seorang pemandu lori ditahan kerana melanggar sekatan jalan raya (SJR) dan didapati positif dadah di Plaza Tol Simpang Ampat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, tiada anggota polis atau tentera yang bertugas di lokasi SJR itu cedera.

“Ketika kejadian, suspek yang berumur 26 tahun memandu sebuah lori Isuzu 10 tan dengan muatan sangkar ayam dari Alor Gajah menghala ke Rawang, Selangor melalui Tol Simpang Ampat.

“Kemalangan berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri lori yang dipandu suspek terlanggar papan SJR dan menyebabkan papan terjatuh, namun kejadian itu hanya melibatkan kerosakan papan SJR dan tidak melibatkan kecederaan serta kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan telah diserahkan kepada pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Alor Gajah bagi tindakan lanjut untuk ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Arshad turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa bersabar dan mengingatkan bahawa, tindakan memandu secara melulu bukan sahaja membahayakan petugas barisan hadapan malah pengguna jalan raya yang lain. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu