Nation
78
0

Pencemaran air : Polis buka kertas siasatan

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air yang dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, dan 3.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata polis menerima satu laporan kejadian itu daripada pegawai penguat kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 3 petang semalam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat sehingga tindakan yang dilakukan akan memutuskan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau dalam menjalankan sebarang pengeluaran.

“Siasatan awal LUAS mendapati air di loji disyaki mengandungi bahan solvent hingga ke tahap 8 ton. Ekoran itu, bekalan air terpaksa ditutup hingga kerja pembersihan selesai,” katanya kepada Bernama.

Hari ini, Bernama melaporkan pencemaran air di LRA berkenaan menyebabkan ia dihenti tugas pada 12.45 tengah hari tadi mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang.

Turut dilaporkan, gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mulai 6 petang ini. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu