Social
71
0

Pengasas Sugarbook direman 7 hari

Shah Alam – Pengasas aplikasi Sugarbook akhirnya direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mahasiswa di Lembah Klang menggunakan aplikasi tidak bermoral itu bagi mencari ‘sugar daddy’.

Kebenaran reman itu terhadap lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan Hakim Datuk Noorin Badaruddin selepas proses semakan semula permohonan reman hari ini.

Semakan permohonan reman itu dilakukan Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhammad Iskandar Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar.

Lelaki itu diwakili tiga peguam iaitu Foong Cheng Leong, T. Shashi Devan dan Low Li Qun.

Shashi Devan ketika ditemui selepas prosiding semakan yang berlangsung selama 10 minit bermula pukul 10.26 pagi memaklumkan pihaknya tidak membantah susulan arahan anak guamnya yang juga merupakan seorang usahawan.

“Anak guam kami setuju dan berhasrat membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas alasan merupakan peluang untuk dia memberikan maklumat diperlukan dan membuktikan tidak membuat sebarang kesalahan dari sisi undang-undang.

“Kerjasama ini juga akan membawa siasatan lengkap dan cepat serta tidak perlu berada dalam tahanan lebih lama,” katanya.

Kata beliau, pihaknya turut memohon timbang rasa PDRM agar tidak mengari tangan anak guamnya dari arah belakang berikutan dia pernah mengalami masalah kesihatan di bahagian bahu.

“Perkara itu juga mendapat perhatian Noorin yang berharap pertimbangan daripada PDRM,” jelasnya.

Semalam, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan reman atas alasan lelaki memberi aku janji akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu