Social
59
0

Personaliti media sosial dikesan langgar SOP

Kota Baharu – Polis Kelantan sedang mengesan beberapa individu yang juga personaliti media sosial dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kesalahan berkenaan, petang semalam.

Katanya, hasil semakan terhadap berita yang tular mengenai beberapa individu yang disyaki melanggar SOP PKP, ada beberapa keping gambar yang dimuat naik individu berkenaan menunjukkan mereka bergambar dengan pengantin tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

“Malah, ramai juga yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan.

“Justeru, polis Kelantan sedang mengesan individu berkenaan dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Semalam, tular di media sosial beberapa personaliti media sosial yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri perkahwinan rakannya di Kota Bharu. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu