Nation
466
0

Pertimbangkan pencarum keluarkan duit KWSP sekarang – Najib

Kuala Lumpur- “Mungkin boleh pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak dan membenarkan serta menggalakkan pencarum top-up semula pada masa depan apabila keadaan pulih?,” saran bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberi pendapat beliau membalas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, pencarum akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan.

”Bukan keluarkan semua tapi hadkan kepada pengeluaran “one-off” sehingga RM10k.”

“Kerajaan juga boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek untuk untung besar pada masa hadapan untuk memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan baki akaun KWSP seperti apa yang kerajaan BN buat dahulu dengan projek Kwasa Damansara, pemilikan kepentingan 49% dalam PLUS dan projek Battersea UK,” kata Najib melalui laman FB beliau.

“Jangan hanya beri segala projek-projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa Rakyat adalah kroni sebenar kita.”

”Mohon PM8 pertimbang semula,” saran Najib.

 

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu