Social
102
0

Pesakit Covid-19 terjun dari tingkat hospital

Kota Kinabalu – Seorang lelaki yang menerima rawatan akibat menghidap penyakit kanser dan positif Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), di sini, sejak beberapa hari lalu, dilaporkan terjun dari tingkat enam hospital berkenaan, semalam

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa berusia 64 tahun terbabit dikatakan terselamat selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditempatkan di hospital berkenaan selepas didapati menghidap penyakit kanser dan positif Covid-19.

Katanya, mangsa dipercayai tertekan sebelum mengambil keputusan berkenaan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Mangsa yang parah akibat kejadian itu kemudian dibawa turun oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Mangsa kini dirawat di hospital sama dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.22 malam berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Lintas dan Balai Bomba Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa. – Harian  Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu