Social
469
0

Pesawat mendarat cemas atas lebuh raya

Kulai –  Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, pagi hari ini.

Difahamkan, juruterbang dan seorang lagi yang berada dalam pesawat berkenaan selamat dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Pesawat ringan itu bukan terhempas, ia mendarat cemas dan setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu