Nation
37
0

PKP: Media boleh teruskan operasi

Kuala Lumpur – Operasi organisasi media bagi tujuan produksi program, berita, rencana dan kandungan tempatan untuk penyampaian maklumat dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata  bagaimanapun dalam tempoh itu operasi media yang berbentuk penyiaran lain seperti hiburan tidak dibenarkan.

Menurut beliau, bagi negeri yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, operasi organisasi media boleh diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Para petugas media yang merupakan antara barisan hadapan ketika negara berhadapan dengan situasi sukar ini diingatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam menjalankan tugas bagi melindungi diri serta menjaga keselamatan keluarga dan komuniti daripada ancaman Covid-19,” menurut Saifuddin.

Dalam pada itu, Saifuddin turut memaklumkan maklumat lanjut mengenai SOP sektor komunikasi (termasuk telekomunikasi dan internet, penyiaran, serta pos dan kurier), teknologi maklumat, e-dagang dan industri kreatif boleh didapati di laman sesawang www.kkmm.gov.my atau menghubungi talian penting  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di talian 03-89115351 (8.00 pagi hingga 10.00 malam).

Pelaksanaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Januari ini, diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Manakala PKPB akan dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri  Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta PKPP di Perlis dan Sarawak. ― Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu