Nation
119
0

PKPB di Kuching mulai 9 Nov

Kuching- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kuching selama 14 hari bermula 9 Nov ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, berkata keputusan itu diambil selepas menilai situasi dengan mengambil kira kes jangkitan tempatan terkumpul yang direkodkan di daerah tersebut iaitu sebanyak 151 kes dalam tempoh 14 hari lepas.

“Pergerakan rentas daerah dalam negeri dibenarkan kecuali keluar dan masuk ke daerah Kuching. Prosedur operasi standard (SOP) akan dikeluarkan esok.

“Pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu