Nation
217
0

PKPB di Seremban bermula Khamis

Kuala Lumpur –  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh daerah Seremban di Negeri Sembilan bermula Khamis ini hingga 18 November depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan berlaku peningkatan kes COVID-19 di daerah terbabit.

“Pelaksanaan PKPB ini meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

“Prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam sidang medianya di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai di negeri itu kekal seperti mana diumumkan sebelum ini. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu