Nation
329
0

PKPD di empat lokasi tamat hari ini

Kuala Lumpur – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat kawasan termasuk Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman, Daerah Timur Laut di Pulau Pinang, ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu, Sabah yang sepatutnya tamat pada 23 Nov, juga ditamatkan lebih awal bermula hari ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,178 saringan dan 189 kes positif COVID-19 direkodkan di kawasan penjara ini. Bagaimanapun, penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi kes menunjukkan trend penurunan dan terkawal dengan kes terakhir positif ialah pada 5 Nov lepas.

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan KKM, sidang khas hari ini bersetuju menamatkan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman Pulau Pinang pada hari ini sebagaimana yang dijadualkan,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Pelaksanaan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman bermula pada 15 Okt hingga 28 Okt lepas sebelum dilanjutkan sehingga 11 Nov. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu