Nation
143
0

PM Muhyiddin adakan pertemuan dengan pemimpin parti politik PN

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan parti politik Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilihat tiba di hotel yang menjadi venue pertemuan itu di sini pada kira-kira 12.20 tengah hari tadi.

Ini diikuti beberapa pemimpin PN lain, antaranya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Wee yang ditemui pemberita berkata mesyuarat itu adalah pertemuan biasa sebelum sidang Dewan Rakyat bermula esok.

“Biasalah sehari sebelum Parlimen bersidang kita akan bincang aturan-aturan mesyuarat (Dewan Rakyat),” katanya.

Pertemuan secara tertutup itu berlangsung dalam norma baharu dengan kesemua yang hadir termasuk petugas media mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu