Social
249
0

Pocong lari lintang-pukang dikejar anjing

Jakarta –  Satu keluarga terkejut dan cemas apabila melihat imej pocong lari lintang-pukang akibat dikejar anjing sekitar jam 2 pagi.

Kejadian yang berlaku di Jeneponto, Sulawesi Selatan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik H Karim, 55, jam 2.29 pagi pada 9 Februari lalu.

“Ketika itu, isteri saya bangun untuk solat tahajud. Selesai solat sekitar kira-kira jam 2 pagi, anjing menyalak di depan rumah tanpa henti.

“Kami ada memelihara kucing dan bimbang sekiranya anjing makan kucing kami,” katanya seperti dilaporkan Detiknews.

Isterinya yang risau dengan keadaan kucing meminta anaknya memeriksa rakaman CCTV itu.

“Ketika anak memeriksa CCTV, kami melihat sosok pocong dikejar anjing,” katanya.

Dalam rakaman video yang tular itu, kelihatan seekor anjing berada di depan rumah sebelum mengejar pocong yang melalui seberang jalan di depan rumah itu.

Anjing itu gagal mengejar pocong itu yang kelihatan melompat-lompat dengan cepat.

Secara peribadi, Karim yakin sosok yang dikejar anjing seperti terakam dalam CCTV memang pocong dan bukan orang.

“Yang jelas kalau kita lihat, ini jam 2.30 pagi, tidak mungkin ada yang sengaja memakai pakaian seperti pocong dan jelas anjing mengejarnya,” katanya.

Dia juga menjelaskan, lokasi pocong itu berlari memang tidak ada rumah dan berdekatan kubur.

“Di depan rumah memang kebun dan dekat dengan tanah perkuburan keluarga,” katanya.

Isteri Karim, Suriati, 53, berkata, ketika kejadian, dia mendengar bunyi salakan anjing di hadapan rumah.

“Anjing mula menyalak depan rumah waktu tahajud, ketika saya baru bangun tidak kedengaran salakan anjing,” katanya. – Detiknews

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu