Nation
260
0

Polis kesan pesakit COVID-19 lari dari Hospital

Georgetown – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Sumber polis berkata lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang semalam.

“Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya,” kata beliau kepada Bernama hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan lelaki berkenaan. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu