Nation
383
0

Polis nafi PKPD seluruh Selangor

Shah Alam – Polis Selangor menafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di seluruh Selangor mulai Sabtu seperti yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kenyataan berkenaan tidak benar dan menasihati orang ramai untuk bertenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Polis Kontinjen Selangor telah mengesan berita palsu yang ditularkan melalui media sosial, berita yang berlatarbelakangkan siaran berita televisyen tempatan itu tertulis “PKPD di Selangor serta-merta, mulai 12 Dis 2020 dan semua pintu masuk dan keluar Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Noor Azam berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan berita dari sumber yang tidak sahih.

“Perbuatan penyebaran berkenaan boleh menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan mengugat ketenteraman awam,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu