Nation
195
0

Polis siasat pemilik FB hina Agong

Kuala Lumpur – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik Facebook (FB) yang telah memuat naik komen berbaur menghina dan mempersendakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama hari ini berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Hari ini, tular di media sosial FB satu hantaran berbaur hasutan dan menghina Seri Paduka Baginda dengan kata-kata kesat, yang dimuat naik menggunakan nama akaun Ho Ruey Terng. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu