Social
150
0

Remaja 15 tahun ditahan pecah stesen minyak

Pasir Mas – Polis menahan seorang remaja berusia 15 tahun yang berada dalam pengaruh dadah dan dipercayai terbabit dengan kes rompakan sebuah stesen minyak di Kampung Cherang, Meranti, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi, berkata

pihaknya menerima laporan daripada pemilik stesen minyak terbabit dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah (BSJND) Pasir Mas terus membuat siasatan.

Katanya, pada jam 9.50 malam, hari yang sama polis menahan remaja terbabit di rumahnya di Kampung Chat, di sini, selain merampas barangan yang disyaki dicuri selain sebatang besi sepanjang 82 sentimeter dipercayai digunakan ketika merompak sekitar jam 6.45 pagi itu.

“Hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek menceroboh masuk ke dalam stesen minyak dengan memecahkan cermin di bahagian hadapan kaunter menggunakan besi yang dibawa dan keluar melalui jalan yang sama.

“Suspek melarikan pelbagai jenis rokok, wang tunai, duit syiling, kad tambah nilai dan air minuman dianggarkan bernilai RM5,000 selain menyebabkan kerosakan stesen minyak berjumlah RM10,000.

“Selain itu, suspek juga mengaku melakukan jenayah terbabit seorang diri dengan menunggang motosikal yang diletakkan berdekatan tandas sebelum merompak,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohamad Roy berkata, hasil soal siasat remaja terbabit mengakui bahawa rokok dan kad tambah nilai dijual kepada rakannya dengan harga murah, manakala wang yang dicuri digunakan untuk membeli dadah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan remaja terbabit ditahan reman selama enam hari bermula semalam sehingga 9 November.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama lima tahun dan didenda atau dipenjara selama 14 tahun bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan kali kedua serta boleh dikenakan denda atau sebat.

“Hasil ujian saringan air kencing remaja tingkatan tiga itu mendapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu