Social
226
0

Remaja dicabul ketika keluar beli burger

Butterworth – Remaja perempuan 14 tahun menempuh detik cemas apabila diekori seorang lelaki hingga ke rumah sebelum mencabulnya, di Taman Sungai Dua Utama, di sini, jam 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa keluar menunggang motosikal untuk membeli burger tidak jauh dari rumahnya.

“Ketika di lampu isyarat, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal. Lelaki itu kemudiannya mengekori mangsa membuatkan dia memberhentikan motosikalnya di tapak pasar malam sebelum menyangka lelaki itu sudah beredar.

“Beberapa minit kemudian mangsa terus pulang ke rumahnya namun dia terkejut apabila lelaki itu datang dari arah belakang dan meramas payu daranya.

“Mangsa menjerit ketakutan sebelum lelaki terbabit terus beredar. Mangsa kemudiannya menceritakan insiden itu kepada bapanya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, bapa mangsa terus keluar untuk mencari lelaki terbabit selepas anaknya memaklumkan bahawa dia sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal selain mengecam wajah suspek yang ketika itu tidak memakai topi keledar.

“Suspek kemudiannya ditemui di sebuah kedai tayar berhampiran rumah mangsa sebelum polis dihubungi.

“Polis terus membuat tangkapan ke atas lelaki berusia 40 tahun yang sudah berkahwin itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(1)Akta kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017. – Berita Harian

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu