Social
164
0

Reman suspek kes bunuh Nur Surya disambung reman

Marang – Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail disambung reman selama tujuh hari bermula esok.

Majisret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan permohonan polis itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas pelajar tingkatan enam yang berusia 19 tahun itu.

Suspek yang merupakan rakan sekolah mangsa sehingga tingkatan lima, akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.25 pagi, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung merah jambu, kelihatan tenang serta diiringi dua pegawai polis wanita.

Suspek telah ditahan di Balai Polis Telemong pada pukul 8.15 pagi, 2 Nov lepas ketika tampil bersama ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 1 Nov, Siti Nur Surya, 19, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak tahap tiga, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.

Mayat mangsa ditemukan adik perempuannya berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu