Social
1K
0

Rumah keluarga lelaki dakwa murtadkan wanita Islam diperiksa

Johor Bahru – Polis Johor mengesahkan melakukan pemeriksaan ke atas kediaman keluarga seorang lelaki berbangsa India yang didakwa memurtadkan wanita Islam menerusi satu video tular sejak semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan berikutan lelaki terbabit tiada di premis di Perjiranan Dato’ Onn di sini.

“Hasil maklumat daripada orang awam, polis berjaya mengawal keadaan di perjiranan terbabit selepas sekumpulan orang awam berkumpul untuk menyerbu premis terbabit.

“Suspek yang berusia 29 tahun yang sudah dikenal pasti dan tiada di premis berkenaan, rumah itu hanya didiami ayah serta kakaknya,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ayob Khan berkata, kes video tular itu disiasat Unit Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 serta Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki berbangsa India yang mengaku telah memurtadkan wanita Islam menggunakan laman sosial facebook. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu