Nation
824
0

Sanusi Rasis, Bukannya DAP – V. Sivakumar

Ipoh- “Pembatalan cuti peristiwa bagi sambutan Hari Thaipusam di Kedah oleh Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor adalah sesuatu yang cukup janggal. Beliau sebagai seorang pemimpin utama negeri sepatutnya lebih sensitif dalam isu-isu perkauman dan agama. Pada pandangan saya, beliau sengaja membatalkan cuti peristiwa Thaipusam semata-mata untuk mencari publisiti murahan dari kalangan penyokong-penyokong PAS,” kata YB Tuan V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah.

“Beliau tidak mempedulikan penganut-penganut agama Hindu yang akan merayakan Hari Thaipusam pada 28 Januari 2021. Beliau tidak boleh menggunakan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai alasan untuk membatalkan cuti peristiwa yang telah diumumkan.”

Menurut beliau penganut-penganut agama Hindu boleh menunaikan nazar di rumah masing-masing sekiranya cuti peristiwa itu diteruskan walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan. Tetapi, Menteri Besar Kedah tidak mendapatkan nasihat daripada mana-mana pihak yang berkenaan sebelum pengumuman pembatalan cuti itu yang dibuat olehnya. Ini membuktikan sikap keterlaluannya yang cukup rasis.

“Apabila ada pihak lain yang membangkitkan isu ini, beliau menuduh bahawa mereka ikut ‘tarian’ perkauman DAP. Beliau sengaja hendak mengheret DAP dalam tindakannya yang rasis dan tidak mengendahkan sensitiviti agama lain. Beliau pandai membaling batu, kemudian tuduhan dilemparkan terhadap DAP. Inilah perangai pemimpin PAS yang amat mendukacitakan rakyat Malaysia,” tegur beliau.

“Saya pasti, ini akan memberi gambaran sebenar mengenai PAS dan Perikatan Nasional kepada orang ramai. Sudah semestinya, Perikatan Nasional akan hilang sokongan yang besar bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara kerana tindak-tanduk Menteri Besar Kedah yang hanya mementingkan permainan politik perkauman,”saran beliau.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu