Nation
195
0

Sarjan, Koperal ditahan SPRM

Kuala Lumpur – Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah, malam tadi.

Kedua-dua anggota polis berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan dalam satu operasi di sekitar Sandakan, Sabah, kira-kira jam 10 malam tadi.

Sumber berkata, kedua-dua suspek dikatakan meminta rasuah bernilai RM5,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua individu kerana memiliki barangan terlarang.

“Suspek dikatakan meminta suapan itu supaya kedua-dua mangsa tidak dikenakan tindakan atas kesalahan bersubahat memiliki barangan terlarang terbabit, Isnin lalu,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, selain menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu