Nation
235
0

Saya tidak akan minta maaf – Puad

Petaling Jaya – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Puad Zarkashi akan terus mempertahankan dirinya dalam kes saman fitnah oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Puad mengakui telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam Muhyiddin dan bersedia untuk ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran.

Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu lagi, tindakan saman Muhyiddin juga boleh disifatkan sebagai satu bentuk pembulian terhadapnya.

“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh Tan Sri Muhyiddin seperti mana Umno dibuli.

“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting (hantaran) dalam Facebook saya”, katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin menuntut Puad memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah menerusi hantaran di Facebook.

Puad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin enggan dikuarantin sekembali dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

Terdahulu, Puad menepis dakwaan Muhyiddin selain memaklumkan bahawa dirinya hanya melontarkan soalan terhadap isu tersebut.

“Saya dituduh memfitnah perdana menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun disaman maka amat wajar saya melawan di mahkamah.

“Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa-gesa, maka ia isu ‘kepentingan awam’ yang perlu ditanya dan dipersoalkan.

“Ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah ‘kuarantin’ tiga hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?

“Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak,” katanya lagi. – The Malay Mail

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu