Social
399
0

Seks bergilir, 4 remaja ditahan

Kuala Lumpur – Empat remaja lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun serta seorang remaja perempuan berumur 15 tahun secara bergilir-gilir ditahan polis kelmarin.

Pada masa sama, seorang lelaki berusia 20 tahun turut ditahan kerana merakam perbuatan terbabit dengan telefon bimbit.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, terdahulu, kejadian terbabit berlaku jam 8 malam, 4 November lalu.

“Empat remaja lelaki berusia 16 itu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dan remaja perempuan terbabit berdekatan loji kumbahan di Taman Malar, Ipoh, Perak.

“Susulan laporan polis diterima, kami mengesan sebelum menahan kesemua suspek kelmarin, bagi membantu siasatan,” katanya ditemui di pejabatnya, di Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan terbabit kes rogol berkumpulan.

Menurut Siti Kamsiah, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu