Social
141
0

Sewa kondominium RM30,000 sebulan untuk aktiviti penipuan pelaburan

Kuala Lumpur – Sebelas individu warga asing termasuk lima wanita ditahan semalam kerana disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan saham dalam talian di lima unit kondomium di Bukit Bintang di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua suspek terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita warga China serta seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 23 hingga 47 tahun.

Menurutnya pihaknya merampas 26 telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit komputer riba, tiga unit modem, 10 keping kad bank dan wang tunai RM53,678 serta beberapa mata wang asing dalam serbuan kira-kira 4 petang itu.

“Siasatan mendapati semua suspek daripada dua sindiket berasingan itu aktif sejak dua tahun lepas dengan menyewa residensi dengan kadar sewa bulanan RM18,000 hingga RM30,000 (bagi satu unit kondominium),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sindiket terlibat menyasarkan mangsa dari negara China dengan menawarkan pelaburan saham dalam talian dan pelaburan yang tidak wujud.

Katanya kesemua suspek ditahan reman empat hari hingga 2 Feb ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu