Politics
1K
0

Sewajarnya PM letak jawatan?

APA PERASAAN MUHYIDDIN?

Muhyiddin mesti kecewa, panas, tidak boleh tidur malam. Pertemuan di rumah beliau malam tadi memang emosi.

PPBM sedang tuduh menuduh. Semua menuding jari ke arah Azmin dan Hamzah. Benarkah “ill advise” kepada Mubyiddin itu adalah mereka.

Ada dua kesan besar apabila YDP Agung menolak permohonan Muhyiddin.

Pertama, YDP Agung menyedari “langkah Muhyiddin” itu hanyalah muslihat politik bukan untuk memerangi Covid-19.

Di para tiga kenyataan media Istana Negara, dinyatakan….”Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan”.

Kalau YDP Agung yakin, kenapa PM tidak yakin. Apakah PM cuba membohongi YDP Agung? Alhamdulillah, YDP Agung dan Majlis Raja Raja amat teliti dan bijaksana.

Kedua, ramai pakar perundangan mengatakan YDP Agung harus mendengar nasihat Perdana Menteri seperti termaktub dalam Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan.

Tapi nampaknya nasihat Memanda Menteri tidak diterima. Maka di mana kredibiliti seorang Perdana Menteri.

Syukur, YDP Agung tidak dipengaruhi oleh game politik yang boleh mengheret negara ke kancah lebih parah. Kesejahteraan rakyat lebih utama.

Sewajarnya TS Muhyiddin berundur.

-Nukilan fb Datuk Dr. Puad Zakarshi

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu