Social
784
0

Sindiket pelacuran ‘6 kali bayar, 1 kali percuma’ diserbu

Kuala Lumpur – Polis menyerbu sarang pelacuran yang beroperasi di sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Jalan Ipoh, Sentul di sini dan menahan 12 wanita warga asing yang disyaki pekerja seks, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang berperanan sebagai penjaga.

Kesemua wanita yang ditahan berusia lingkungan 20-an dan 30-an terdiri daripada sembilan warga Vietnam dan tiga warga Thailand.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff, berkata serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Susulan maklumat yang diterima, kita melakukan risikan dan pemantauan hampir dua minggu ke atas kegiatan pelacuran di hotel itu sebelum menjalankan serbuan hari ini.

“Kita dapati 12 bilik, masing-masing enam bilik di tingkat lapan dan sembilan hotel digunakan sebagai bilik pelacur melayan pelanggan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menawarkan khidmat melalui aplikasi WeChat dan menggunakan aplikasi sama untuk pelanggan berurusan dengan pelanggan.

“Pelanggan akan diminta datang ke hotel ini sebelum dibawa ke bilik-bilik yang menempatkan pelacur untuk mereka membuat pilihan wanita yang dikehendaki.

“Sindiket didapati mengenakan bayaran sebanyak RM235 kepada pelanggan untuk sekali langganan,” jelas beliau.

Katanya pelanggan juga diberikan satu kad ‘loyalty’ dan akan dicop setiap kali mereka datang melanggan sebelum diberikan sekali khidmat percuma selepas enam kali langganan.

“Pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing yang ditahan mempunyai dokumen perjalanan sah manakala selebihnya mendakwa pasport mereka disimpan oleh pihak lain.

“Kita percaya sindiket pelacuran ini beroperasi di hotel ini sejak tiga bulan lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pembabitan pihak hotel dalam kegiatan itu,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu