Nation
212
0

Singapura perketat langkah rentas sempadan Malaysia

Singapura – Singapura akan memperketat langkah rentas sempadan susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

Menurut MOH, bermula 22 Nov, 11.59 malam, pelawat mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia termasuk transit 14 hari sebelum tarikh, perlu menjalani Notis Duduk di Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan SHN yang ditetapkan.

“Ini termasuk pelawat yang memasuki Singapura di bawah Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan pelawat berpangkalan di Singapura di bawah Laluan Hijau Timbal Balik (RGL),” menurut MOH dalam kenyataan.

Singapura sebelum ini telah memendekkan tempoh SHN kepada tujuh hari dan menjalani tempoh itu di kediaman sendiri bagi pelawat dari Malaysia kecuali mereka dengan sejarah perjalanan ke Sabah yang perlu menjalani SHN selama 14 hari di kemudahan ditetapkan.

Dalam pada itu, MOH berkata semua pelawat ke Singapura pada 27 Nov, 11.59 malam yang mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia 14 hari sebelum itu, perlu menjalani ujian COVID-19 Polymerase Chain Reaction (PCR) 72 jam sebelum membuat perjalanan.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada warga Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR).

MOH turut mengingatkan kepada pelawat mengenai keperluan mengemukakan keputusan ujian negatif COVID-19 sebagai syarat kelulusan memasuki Singapura.

“Ini tidak termasuk pelawat berpangkalan di Singapura di bawah Laluan Hijau Timbal Balik (RGL),” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu