Social
271
0

Suami curang bakar isteri hidup-hidup

Jakarta – Seorang lelaki di Deli Serdang, Sumatera Utara ditahan polis selepas membakar isterinya hidup-hidup berikutan wanita itu cemburu dengan perempuan simpanannya.

Lapor Kompas.com, jurucakap polis, Jhon Harto Panjaitan berkata, pasangan suami isteri itu pada mulanya bertengkar selepas suspek membawa balik perempuan simpanannya ke rumah mereka.

Jelas Jhon, pertengkaran mereka memuncak apabila suspek mencurah minyak tanah ke badan isterinya lalu membakar wanita itu.

“Insiden itu mengejutkan penduduk kampung dan mereka bergegas ke rumah suspek untuk menghalangnya, namun bapa suspek mengacukan parang kepada sesiapa yang cuba masuk campur.

“Kejadian itu menyebabkan isteri suspek mengalami luka melecur yang serius sehingga dia meninggal dunia ketika dibawa ke hospital,” katanya.

Selepas insiden tersebut, penduduk menahan suspek dan dia cuba melarikan diri sebelum polis tiba dan menangkapnya. – Utusan Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu